Rabu, 29 April 2009

Kalau nak beli handset.....

Salam. Mungkin ramai di antara kita yang agak mahir dalam memilih handset yang bagus dan berkualiti. sesetengah orang mungkin membelinya sebab nak menunjuk padahal tidak tahu menahu tentang fungsi dan keadaannya.


Kalau saya tanya sendiri kepada anda handset jenama apa kat atas ni......mesti ramai yg angkat tgn.

"ini iphone 3g cikgu"

ye...ini adalah iphone 3g yg sering diperkatakan! milik siapa? tak tahulah (ehm....terbatuk pulak)
Tidak perlulah saya nyatakan siapakah empunya dan tidak perlu saya nyatakan fungsi dan kebaikannya.....anda sendiri lebih mahir dengannya.


Namun anda tahu siapa penciptanya?????

"Huh yg penting aku dapat beli....sape cipta lantaklah"

Ini mungkin terdetik dalam hati anda.... Cuba lihat gambar di bawah.....

Haa sape ni eh??

"muka macam pak cik widono kat kampung saya"

Tak! inilah Co-founder Apple. Dia ni yg mencipta Mac-OS dan pengurus besar Apple, Steve Jobs.

"laa itu je ke?"

haha...taklah! Dia ni juga cipta IPOD, IPHONE, IPHONE 3G .

Saya pernah menonton video dia ini di interview. Bayangkan dalam usia dua puluhan sudah mempunyai 100 juta USD!

Beliau juga adalah golongan sama sprt Bill Gates, menghentikan pengajian di Harvard.

Saya menulis artikel ini bkn utk bermegah dgn kejayaan org2 bkn islam tetapi utk menilai diri kita. Kemanakah usahawan2 islam yg berjaya membawa perubahan ke dunia ini. Ia seakan-akan ditelan oleh dunia.

"rilek la...amalan di akhirat lebih penting"

ye saya akui, namun adakah kita patut fokus kepada akhirat sahaja??? tidak, masakan adanya hadis begini.

"Beribadah lah kamu seakan-akan kamu akan mati esok hari dan bekerja lah mencari rezeki seakan-akan kamu akan hidup selamanya"

Oleh itu, marilah kita berusaha bersama-sama kearah kejayaan untuk dunia dan akhirat...

salam....

Tiada ulasan: