
Salam Kepada semua....
Hari ini saya tidak akan berceloteh panjang kerana saya ingin menyampaikan perkara penting kepada anda semua.......
"Perkara apa pulak nih...mesti macamna nak cari duit kat internet kan"
Ya...saya hendak sampaikan segala ilmu yang saya dapat kepada anda semua....jadi jgn malas nak membaca sampai habis eh......
Tapi sebelum tu........
AMARAN!!!!!!!
-Saya tidak menggalakkan anda mencuba kerana saya sendiri tidak tahu hukumnya sama ada ianya halal atau tidak!
-Saya menunjukkan teknik ini adalah sebagai satu bentuk EDUCATION/PENDIDIKAN bukan untuk mengaut keuntungan.
-Kepada kaedah yang menggunakan Laman Web......anda perlu mendapat TRAFFIC internet....apa tu traffic internet? Ia adalah penentu dimana laman web anda berada semasa seseorang mencari laman web anda. Sebagai contoh saya mencari perkataan "duit" menggunakan Google, sekiranya laman web saya mendapat traffic internet, laman web saya akan terpapar di laman pertama keputusan pencarian perkataan "duit"....tetapi kalau tak dapat...laman web saya akan tersenarai di laman yg kesepuluh atau lebih dalam keputusan pencarian.
-Sekiranya anda ingin mendapat traffic anda ada dua cara iaitu anda membayar kepada GOOGLE atau YAHOO (itu sumber kewangan mereka selain dari iklan) untuk menyenaraikan laman web anda di muka pertama atau pilihan kedua anda perlu mengajak 10 000 orang untuk melayari laman web anda dan barulah anda akan mendapat traffic internet.
-Kebanyakan bayaran adalah menggunakan paypal......jadi anda perlu ada paypal
Ok...kita dah biasa dengar di tv, radio dan sebagainya menyatakan jutawan internet terlalu mudah untuk dicapai....oleh itu para jutawan internet ini pun membuat kursus mereka sendiri dengan harga yang amat tinggi (alasan mereka : apa salahnya melabur sedikit utntuk pendapatan yang lebih lumayan) hahaha........itu semua tipu.
Sebab:- "MEREKA MENDAPAT KEKAYAN BUKAN DARI INTERNET TETAPI PROGRAM2 SEMINAR YANG MEREKA ANJURKAN ITU ADALAH PUNCA MEREKA BOLEH MENJADI JUTAWAN"
sebab apa saya kata begitu?
Saya baru sahaja menamatkan SPM dan sekarang tgh bercuti selama 7 bln dan sepanjang tempoh itu saya banyak mengkaji teknik2 mereka di internet. Di bawah ini saya senaraikan beberapa teknik yang seringkali disampaikan dalam seminar2 bagaimana hendak menjadi jutawan internet.....
1. Survey/Tinjauan
Pernahkah anda dengar bahawa anda akan dibayar sekiranya anda membuat survey di laman2 web tertentu?
Anda akan dibayar dari 0.01 usd sehigga ke 180.00 usd untuk membuat survey. Percaya tak?
Ya percayalah bak kata siti.......secara logiknya banyak syarikat di Usa dan sebagainya ingin melariskan produk mereka.....jadi mereka perlu meneliti apa yang kurang pada produk mereka. Sebagai contoh, mereka menjual kereta.....sekiranya mereka membina kereta itu mengikut selera mereka, sudah tentu tidak ramai yang akan membeli.......namun sekiranya mereka meminta pendapat orang ramai secara percuma.....siapa nak bagi pandangan kalau tiada apa ganjaran....jadi mereka akan membayar kepada individu yang memberi pandangan terhadap produk mereka.
Kelemahan
-Saranan saya sekiranya anda ingin mecburkan diri di dalam bidang ini pastikan anda menggunakan alamat e-mail lain. Ini kerana sebaik sahaja anda mendaftar, kotak email spam anda akan dipenuhi dengan iklan2 produk yang berlambak-lambak.......saya punya spam sendiri telah mencecah 50 ribu emel.
-Kebanyakan khidmat ini hanya terdapat di USA sahaja.....sekiranya anda ingin melakukan juga menyamarlah dengan menggunakan IP Addres USA.
-Terlalu banyak laman web yang palsu/Fraud/Scam. Ini kerana kemungkinan besar anda tidak akan di bayar.
2. Affiliate
Teknik ini adalah teknik yang sering kita dengar. Bagi mereka yang tidak faham kita boleh andaikan affiliate sebagai orang tengah. Ya anda bertugas sebagai orang tengah di sini. Caranya anda perlu berdaftar dengan laman web afffiliate seperti clickbank dan sebagainya. Kemudian anda akan diberi satu link dengan nama pendaftaran anda sbg contoh:www.clickbank.com/amars. Kemudian anda perlu mencari barangan yang hendak di jual. Selepas itu anda mesti mencari pelanggan. Sekiranya pelanggan itu berminat untuk membeli dan dia membelinya melalui link anda maka anda akan mendapat komisen mengikut perjanjian yang dipersetujui (25%, 40%, 75% dari harga barang)
Kelemahan
-Kesukaran anda untuk mencari pelanggan kerana anda perlu membuat laman web sendiri
-Anda perlu mendapat TRAFFIC internet (sprt yg saya jelaskan di bahagian atas sekali)
-terlalu banyak persaingan kerana pelanggan sedikit tapi penjual ramai
3.Forex
Ya....ini adalah permainan orang besar a.k.a banyak duit. Sesiapa tak tahu apa itu forex, saya akan terangkan sedikit demi sedikit.
Pernahkah anda menukar duit Dollar US ke Ringgit Malaysia. Sebagai contoh hari ni anda berjaya menukar 1 Usd kepada RM 3.80 dan esoknya anda tukar 1 Usd tetapi nilainya berbeza dengan semalam iaitu RM 3.60. Nampak tak? itulah Forex......
Forex ialah pelaburan nilai matawang dunia dalam jumlah yang besar......sebagai contoh anda membeli 10000USD pada harga beli yang rendah dan menjual duit tersebut pada kadar harga jualan mahal. (anda mesti ingat harga jual dan beli duit adalah berbeza!)
Kalau anda hendak cuba....saya nasihatkan practice dahulu dengan menggunakan akaun dummy a.k.a practice akaun.....mereka akan memberi 50 000 usd sebagai latihan kepada anda.
Keburukan
- Anda akan CEPAT kaya dan CEPAT rugi
-Modal yg terlampau besar
- Nilai duit yang boleh naik dan jatuh dalam masa satu saat
-Keadaan pasaran semasa yang tidak boleh dijangka
- Saya tak pasti bahawa ia boleh atau tidak kerana kita mendapatkan keuntungan daripada sistem kapitalis (banyak Riba')
Akan Bersambung.........part 2
Sebarang pertanyaan bolehlah komen di bawah ini.....
1 ulasan:
cuba.
Catat Ulasan