Isnin, 20 Julai 2009

Dunia Baru Ku......

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....(sori takde gambar terlupa bwk kabel external HDD)

Hmm...nampaknya dah lama saya tak update blog nih.....maklumlah sibuk sangat dgn study (hachooom)

Ok lah....pertamanya saya nak ucapkan selamat berjaya kepada mereka yg tgh periksa sekarang nih (khususnya bdk matrik)dan tak lupa juga kepada mereka yang pertama kali menjejakkan diri ke IPTA masing-masing.

Hmmm...mungkin ramai yang telahpun tahu saya menerima tawaran ke UPM....terus terang masuk UPM ni agak best la jugak....

Ok lah kita mula dgn education. As you all know, education is the most important things nowadays.....so, I will begin my post with education. Here in UPM, I'm taking Asasi Sains Pertanian or known as ASPER. As I mentioned in my e-mail earlier, I'm taking 6 subjects which are Biology, Chemistry, Algebra, Physics, English and Agriculture. Dah lah penat speaking.....kat sini memang subjek dia agak sukar kalau tak minat..

Dari segi lokasi penempatan dia memang la IPTA lain lagi bagus... Kat sini saya tinggal di Kolej 13....satu bilik 6 orang...pergh banyak tuh....tp bilik dia sebesar padang futsal!!!! (eh kecik sikit dr pdng futsal tp boleh main bola sepak dalam tu).

Dari segi kejauhan memang tak terkata.....hari-hari korang kena amali ladang (agriculture). Masa amali ladang ni korang kena pergi ladang untuk bercucuk tanam. tapi yang bestnya kat sini jarak ladang dengan kolej korang kira2 1.2 KM.....hahaha...kira korang kena jalan 2.4 KM setiap hari (pergi balik) itu tak masuk nk pergi surau, pergi food court, pergi kelas dari perhentian bas (asal la bas berhenti jauh sangat)....tapi apa-apapun sangat seronok pengalaman ni....serius sangat seronok dapat berjalan jauh melihat permandangan kat sini selain dapat bersenam.

Dari segi persahabatan memang best dpt kwn2 baru dn sebagainya.....komunikasi pun agak baik (terutama orng utara)memang best dpt belajar cakap kelantan...hahaha.

Tempoh pengajian di sini adalah 3 sem....(hah lamanya)...rileks walaupun 3 sem tp korang akan dapat skip satu sem masa degree. Kiranya lps habis asasi korang akan terus masuk sem 2 degree...kira sama je lah dgn asasi setahun....

ok lah apa-apapun nantikan post terbaru yg akan ada gambar....ok salam.

Tiada ulasan: