Isnin, 7 Mac 2011

Bergetar hati seketika...

Salam...

Hmm...post kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang memberi kesan pada jiwa saya......dan mungkin juga anda...


Anda ingin masuk syurga?


"Eh mestilah....aq nak masuk sape yg tak nak masuk....."



Hmm agaknya macammana nak masuk syurga eh?




"Hmm senang je kot...pergi masjid...dengar ceramah....jadi baik"




Kalau beginilah minda kita....cuba rujuk Al-quran....Surah Al-Baqarah Ayat 214


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)"




Hmm...nilai lah diri kita....


P/S

- Saya dapat ini ketika sesi Usrah malam tadi...dengan izin Allah...saya membaca ayat ini ketika sesi tafsir..(aduh rasa mcm nak nangis je)

- Saya ingin masuk ke syurga...tapi saya tak nak masuk Syurga sorang2...kalo boleh saya nak bawak semua sekali keluarga, kawan2....dan orang yg bakal saya habiskan hidup saya dengannya :) ..... sekali masuk ke syurga....sbb tu saya nak mereka juga join Usrah...

- Matlamat saya join Usrah ialah nak jadi baik dan nak ajak orang jadi baik....(saya pernah rasa mcmna x join Usrah selama 1 thn....dan hasilnya....saya bnyk melakukan hal yg sia2)

- Saya akui DF tu sgt2 sukar....jadi minta lah bantuan Allah....
:)

2 ulasan:

hakeemhanafz berkata...

"dan orang yg bakal saya habiskan hidup saya dengannya :) ....."

*like*

haha..

AmirSyafiq berkata...

best.