Jumaat, 5 Ogos 2011

Nilai

"Beruang Berjasa"


Ramainya manusia hanya tahu menilai manusia lain.
Tapi pada masa yang sama enggan membimbing mereka.


Mereka selalu berkata "Aku lebih utamakan redha Allah dari redha manusia"
Tapi tidak kah kita takut sekiranya redha Allah itu hilang kerana tidak adanya redha manusia ?


Kita selalu bersemangat untuk menegakkan sesuatu
Namun adakah kita sedar kadangkala semangat itu menyebabkan manusia lari dari kita?
Namun untuk apa semangat itu ?
Sekiranya hanya digunakan untuk diri sendiri
Dan bukan untuk dikongsi..


Diriku dulu seperti itu..
Lantas bosan dengan tindakan itu
Aku berlari jauh...
Mujur ada yang membimbing dan menasihati...
Tidak pernah menyentuh masa silamku
Apatah lagi menilai diriku..
Terima kasih sekali lagi


Kita sering terdengar
Manusia  ini hebat!!
Hebat di mana?
Di hadapan Allah?
Atau hanya di mata manusia?


Fikir-fikirkanlah....

(kene batang hidung sendiri...adeh!)

 p/s:
-Peringatan untuk diri sendiri
-No offense 
-Terima kasih =)

4 ulasan:

senorita. berkata...

comel je bear ko amar :D

Ayam Percik berkata...

=)

hakeemhanafz berkata...

rajin ko update. aku tatau nak bising apa dah kat blog aku. macam nak delete balik je. pastu nanti dah 3 bulan mula la datang nafsu nak menulis balik. haha.

*terus tsabat. jalan jaooh lagi tuh :)*

Ayam Percik berkata...

Jaulah Sarawak nih...