Selasa, 12 Mac 2013

It's All About Food


Salam

Sedang fikiran melayang dan berpusing menghadap data-data uji kaji untuk dimuatkan dalam laporan makmal (lab report), tiba-tiba terdetik hati untuk mengemas kini (update)...sambil tanagn menekan-nekan kalkulator mengira nombor-nombor yang bertaburan...semester ini agak mencabar kerana banyak projek, amali, event dan proposal final year projek perlu disiapkan (tapi ada masa nak update blog)..tapi yang bestnya semua berkaitan dengan produk makanan...jom tengok~

Makanan kajian
Subjek yang best sebab memerlukan kreativiti untuk meng "develop" produk makanan sendiri. Setiap kumpulan perlu mencipta produk makanan yang bertemakan kesihatan. Setiap minggu bahan2 makanan ini dibuat "from scratch"...tak ada preservative mahupun colouring dan apatah lagi nak gunakan instant produk...kami ditugaskan utk membuat lasagna sihat....(memang penat sebab mesti develop kulit, sauce bolognese dan bechamel serta substitute bahan2 yg tak sihat...

 Bahan2 local herbs ni dikeringkan dalam oven dan ditumbuk,kisar dan ayak untuk dapatkan serbuk
 Lasagna Sheets...kulit lasagna yang perlu di develop (not using instant Lasagna.. Ok!)
 Bolognese yang di develop mesti 100% sihat..(substitute daging dengan vegan tofu & portabelo mushrooms)
 Lasagna sheets yang pelbagai rasa (dah dicampur herba mcm bunga kantan, daun kesom, limau purut, daun kari dll)
 Apa2 pasta kalau nak uji al dente (firm and not over cook) kene baling dkt dinding, kalau melekat tu maknanya perfect)
 Sesi melapiskan lasagna
Done! (tapi masih kena banyak improve utk jadi most healthy produk)

"Wah bestnya masak"
Memang best, tapi yang peritnya bila nak menulis report...kena tahu macamana nak kira nutritional value, food cost, harga jual, citation kenapa dia boleh di claim sihat...(so tak boleh tipu pasal nutrient makanan ni dkt ktaorang..setiap minggu buat pengiraan ni)

Perkhidmatan makanan
Ini satu-satunya kelas yang sama dengan rakan sekolah dulu....kami perlu merancang event yang ada serve makanan (biasanya akan ikut tema makanan)...baru-baru ini ada event baba nyonya...dan saya yang jadi Executive Chef (ketua chef)...tugasnya ialah merancang menu, kira kos makanan, kawal semua station makanan dan rasa semua makanan sebelum dihidangkan sama ada lepas piawaian atau tak...(senang kata kena marah2 orang, jerit2 supaya masak on time dan serve pada customer dengan cepat)...masa ni memang pressure (kalau tengok cerita2 chef...mcm itulah pressure nya)

 Nasi Ulam with inchi Kabin and Pineapple Prawn (entree)
Pi Ti (appertizer) ...Bawah Station Chef De Partie Faiz
 Bubur Cha Cha (Dessert)
Lemon Sorbet

Kimia Hasilan
Haa...subjek ni sangat best...di sini kami belajar pemprosesan industri...contohnya macamana nak buat jem, kordial, tauhu, taufu fa, air soya, fishball dan lain-lain..
Buat kordial nanas...dan uji shelf life dia

Jem nanas sebelum di simpan (bahan2 sama tapi hasil dia berbeza)

 Sesi menapis hampas soya menggunakan machine
 Memproses air soya
Taufu fa yang dah siap dan sedia untuk sensory evaluation

Bila ingin membuat analysis, banyak machine yang digunakan utk menguji rasa, viscosity, texture, firmness dan lain2...tak ada pakai survey manusia...

Final year project
Ini yang paling memeningkan dan agak mengurangkan masa-masa berehat. Memandangkan tajuk saya berkaitan mikrobiology dalam makanan, final year project saya juga berkaitan dengan mikrob dalam makanan...haaa...anda pernah makan botok-botok? apa tu? 

Botok-botok ini adalah sejenis ikan yang dibalut dengan daun pisan bersama ulam2..dan saya kena extract semua bahan tadi dan isolate LAB (lactic acid bacteria) dalam botok2 ni...nampak senang kan..haha..tapi sampai skrng saya tak jumpa method utk isolate mikrob ni...dan selective media apa yg digunakan utk inoculate mikrob ni (sbb tak baca journal2 lagi)

Botok-botok (credit)

Alhamdulillah, Allah memberi peluang utk saya mengambil bidang yang saya minat....Tak kira sepenat mana pun kita janganlah lupa utk berterima kasih padanya...

PS
-yosh...dah nak habis belajar
-Tiap2 hari bawak makanan balik
- Praktikal dekat kilang or kitchen?...entah (rasa mcm nak dkt kilang)

Selasa, 13 November 2012

la cuisine~



     Onions    
        
                                                                             Pâte : Dough

                                                                                Ail
                         
                                                                              Crevette

                                                                                  Soft Rolls

               Brunoise ? :Wrong

Garden Salad

Khamis, 16 Ogos 2012

Food?

 Choc Chips Cookies

Roasted  Honey Cornflakes

 Lemon ?

 Banana ?

 Waiting and Waiting...

 Workspace

Sarang Semut Cookies


- 4 jenis kuih dlm masa sehari~ Alhamdulillah
- Jika anda mempunyai minat dan kebolehan...Just Do It~
- Banyak peraturan sukatan utk membuat kek dan biskut~ sekiranya kita tak ikut, sudah pasti tak
  akan jadi..
- Kejarlah impian anda kerana ia lebih baik dari menghabiskan masa memikirkan kekurangan pada  
  manusia lain~sentiasalah bersangka baik

Jumaat, 10 Ogos 2012

Random Emotion

 Curry puffs

  Modified Protein

Left to serve

 Abandon and Alone

For you: Me Too

 Tick-Tock

Is it enough?

Aim Higher

Find the way: Move straight

Rabu, 27 Jun 2012

Silence: A thousand words

 Darkness: Rest In Peace
 Ikan: Realiti
 Life + Color 

 Malaysia: Again

 Comics: Chapters of Life

 Past: Hard to Let It Go

Semantics: Get the meaning


“Photography is a way of feeling, of touching, of loving. What you have caught on film is captured forever... it remembers little things, long after you have forgotten everything"

 -Aaron Siskind-

 

Rabu, 9 Mei 2012

Dekat





Derap langkah meninggalkan kawasan keramaian manusia. Waktu masih awal, ini masa terbaik untuk aku bertemu si Dia sang penciptaku. Aku membuka pintu kereta. Anak kunci kereta ku pulas. Deruman enjin jelas kedengaran. Aku meneruskan perjalanan menuju rumah sang pencipta. Aku meninggalkan tempat keramaian itu dengan hati yang berbelah bagi. Perasaan cinta manusia, menjadi terkenal dan tidak ikhlas mula bercampur baur.


 Perjalanan ku tetap diteruskan.  Tiba-tiba terlintas dalam benak fikiran ku. Aku sentiasa datang ke sini. Setiap kali waktu Dhuha muncul, pasti aku akan ada di sini. Namun, perasaan aku kian lama kian resah. Aku melakukan semua ini tapi….tapi mengapa aku tidak dapat merasa Allah hadir bersamaku. 


Aku seringkali memenuhi mutabaah amalku…malah berusaha untuk memperkuat dan mempertingkatkan ia dari masa ke semasa. Namun, aku rasakan ianya hanya menambahkan resahku.

Langkah longlai ku teruskan. Setapak demi setapak kaki ku tuju ke ruma Allah yang tersergam indah.  Ku tuju saff yang paling hujung. Angin sepoi-sepoi mula menyengat di tubuhku. Aku mula berdiri kaku. Kedua-dua tanganku angkat keparas telinga. Solat Dhuha ku lakukan dengan hati yang duka. Di dalam solatku aku tidak khusyu’. Seringkali terbayang, Adakah Allah menerima ibadahku? Mengapa aku tidak merasa kehadirannya. Aku tersedar dari lamunan. Tanpa disedari aku sudah pun ber”tahyat akhir”. Masyallah! Mengapa begini sekali. 


Aku menarik nafas dalam-dalam memohon agar dibuka kan hati ku. Aku mula duduk termenung. Mungkin apakah silapku? Apakah dosaku sehingga aku jadi begini. Perlahan-lahan aku membuka Al-quran daripada beg galasku. Aku masih ingat lagi kali terakhir aku membacanya pagi tadi, ayat 177 Surah Al-Baqarah. Aku menyambung bacaan.


Aku memulakan bacaan. Ayat demi ayat ku baca dengan penuh rasa resah dan kecewa. Sekejap-sekejap, aku melihat maksud setiap ayat tersebut. Ternyata, apa yang aku inginkan tidak kutemui. Ketika itu aku berhenti pada ayat 185, Surah Al-Baqarah. Ku teliti maksudnya dengan penuh khusyu’.


Benak hati aku terdapat sedikit rasa kecewa. Kebanyakan ayat yang ku baca maksudnya berkaitan dengan hukum-hukum wasiat dan masalah fiqh yang lain. Aku menarik nafas seketika. Dengan nada merendah diri dan hati yang kecewa aku berdoa


“Ya Allah, sungguh aku hamba yang lemah dan hina. Aku tidak sanggup jadi begini Ya Allah. Sampai bila aku terus ada dalam kesunyian ini. Aku ingin bersama Mu ya Allah. Mungkin kerana dosaku pada masa yang lalu menjadi penghalang antara aku dan diri Mu. Aku tahu Ya Allah, mungkin dosa-dosaku yang membuatkan Kau benci padaku. Sungguh aku redha sekiranya kau membenci  aku….Sungguh aku hamba yang hina dan engkau tuhan yang maha mulia…”


Aku melafazkan kata-kata ini dengan hati yang kecewa dan berduka. Sungguh perit jika tidak mendapat kasih saying Allah. Sangat-sangat pedih!


Aku membuka semula Al-quran. Aku menyambung ayat seterusnya. Aku masih ingat lagi ayat 186 ,Surah Al-Baqarah. Entah mengapa hati aku rasa agak bergetar ketika membaca ayat itu. Aku berhenti seketika. Aku cuba meneliti makna ayat tersebut….aku membaca dengan perlahan-lahan.
Sungguh, setitis demi setitis air mata mengalir di pipi. Aku bagaikan terkelu bila membaca ayat tersebut.


“Dan apabila hamba-hamba ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintahKu) dan beriman kepada Ku, agar mereka memperolehi kemenangan” Al-Baqarah-186


Bagaikan halilintar yang menyambar. Aku menangis kegembiraan. Sungguh, sayu hati ini bila mendapat jawapan sedemikian rupa. Aku tersenyum gembira. Lantas aku bersujud tanda bersyukur pada Mu Ya Allah.

Khamis, 15 Mac 2012

Peristiwa itu




Langkah pagi itu begitu longlai.
Lemah dan tidak bermaya.
Namun, aku tetap gagahkan ,
Gagahkan diri untuk melangkah menuju rumah yang indah
Rumah sang pencipta
Di dalamnya terhimpun mereka yang cinta dan sayang padaNya.
Waktu dhuha masih belum berlalu
Ku sisihkan sepatu dari kaki ku
Lantas,terus mendaki anak-anak tangga
Menuju ke ruang bertemu yang Esa
Ku lihat begitu ramai manusia
Lebih ramai dari hari biasa.
Mereka berdiri tegak tanpa bicara.
Aku memandang apa yang ada dihadapan mereka
Kelihatan sekujur tubuh terdampar tanpa nyawa
Kain putih menjadi pakaiannya.
Esak tangis mengiringinya
Suara bacaan yassin bergema-gema
Aku terduduk seketika.
Aku tertanya-tanya
Bagaimana jika aku yang berada di situ?
Bagaimana jika aku yang terbujur kaku?
Menanti-nanti keputusan dari tuhanku
Sama ada merasai indahnya syurga atau azabnya neraka?
Aku berfikir lagi
Ketika itu tidak guna harta benda
Tidak guna pangkat dan wanita
Namun hanya amalan soleh yang dikira.
Aku bertanya lagi
Bagaimanakah amalanku?
Sudah khusyukah solatku?
Sudah sempurnakah auratku?
Sudah penuhkah sedekahku?
Aku tertunduk malu
Kerna sibuk dengan tugasku
Sehingga lupa akan tanggungjawab sebenarku.
Untuk apa kita diciptakan
Untuk apa kita dibangkitkan
Nyata sekiranya kamu tidak merasakan iman
Sungguh ia ibarat pasir yang berterbangan