Isnin, 4 Mei 2009

Kisah Seekor Binatang...

"Alahai comelnya...kucing sapo lah nih?"

haa.....salam. Mungkin ramai dalam kalangan anda tertanya-tanya apa kaitan kucing ni dgn topik kita pada hari nih.

hmmm....sebenarnya saya hendak menulis tentang binatang yg famous sekarang ini tapi tidak boleh letak gambarnya. Agaknya binatang apa eh? Biar saya bagi clue. Selsema B***.

Bagi sesetengah orang, kata2 ini amat sensetif, sehinggakan nama selsema ini ditukar daripada Swine flu kepada Influenza flue. Heh...kata mereka disebabkan nama tersebut, jualan daging khinzir menurun.

Ok....saya tidak berniat untuk bercerita tentang penyakit ini, namun saya nak bercerita tentang suatu kisah yg amat seronok untuk dibaca.Kisah ini bermula begini....

Di suatu ketika, Abu(bkn nama sebenar) sedang memandu keretanya di sebatang lorong yg sempit. Jln ini hanya muat untuk laluan sebuah kereta sahaja. Sedang Abu memecut keretanya kehadapan....Sebuah kereta Ferarri muncul dihadapannya.

Abu ini terkenal dgn sifat baiknya....dia pun memberi laluan kepada kereta Ferarri tersebut. Abu memberhentikan keretanya menyerong sedikit ke tebing jalan.

Kereta Ferrari tersebut terus memanfaatkan budi yg dilakukan oleh Abu dan lantas dia memajukan keretanya ke hadapan.

Abu memerhatikan kereta Ferarri tersebut dan bersedia sekiranya orang tersebut ingin mengangkat tangan sbg tanda terima kasih. Tekaan Abu itu benar dan lantas kereta ferrari tersebut berhenti betul-betul disebelah kereta Abu. Lalu pemandu Ferarri itu membuka tingkap.

dia lantas berkata........
"BABI......................."

Abu pun tersentak dan membalas.........
"*@#$!%^$#@ engko......aku dah tolong kau........ ini yg kau bagi......"

Abu terus memecut keretanya ke hadapan dengan rasa marah.......tiba-tiba sedang dia memecut Abu terlihat sesuatu di hadapannya dan lantas menekan brek kakinya dgn sekuat hati....

"sreeeeeeeeet.....psssss"tayarnya berasap dan berbunyi

Abu terkejut kerana melihat segerombolan BABI sedang melintas jalan.....Abu ketawa lalu tersedar akan kesilapannya.

Sebenarnya lelaki tersebut ingin memberitahunya agar berhati-hati kerana ada khinzir yg cuba melintas di hadapan. Tetapi lelaki tersebut mungkin menganggap bahawa Abu telah faham maksudnya tetapi...... tidak. Abu menganggap bahawa lelaki tadi cuba menghinanya.

"laaa itu je ke???.....lawak seh"

"huh...biasa je ....tak lawak pun"

Mungkin itu reaksi anda....namun siapa anggap ianya lawak ketawalah tetapi kalau tidak sila pergi ke hospital utuk membuat medical check-up.

Moral cerita ini ialah sentiasalah berbaik sangka dan think positif tentang sesuatu perkara yang dibicarakan oleh sesiapa sahaja...jgn terlalu emo dan mengikut perasaan kerana ia boleh mengundang parah.....So, be yourself and have a nice day...if you dont have a life, go find it....

Salam.

Tiada ulasan: