
Dialog di atas sebenarnya saya sengaja ungkapkan untuk menarik minat anda membaca.....dan ada maksud tersirat didalammya
"Gambar apa nih...ingat lawak laaa..hah"
Mungkin saya melukakan hati sesetengah pihak kerana menghina saudara mereka sedang menunggang motorsikal. Maaflah.......
Sebenarnya saya ingin menulis tentang sesuatu perkara yang marchapada kini menjadi isu hangat di media massa.
"Apa kaitan gambar nih dgn tajuk...merapu laa orang nih"
Kalau anda lihat gambar ini mungkin terbayang masalah sosial yang semakin menjadi-jadi di negara kita ini. yg melibatkan motorsikal.....Terbaru...lebih kurang pagi tadi saya membeli surat khabar dan terpampang kisah seorang ibu mengandung digilis lori gara-gara seorang peragut cuba meragutnya dan akhirnya menyebabkan kemalangan ngeri. Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa.
Namun, saya bukan hendak menerangkan satu persatu mslh2 sosial yang kian menular di negara kita ini kerana anda semua maklum dengannya, tetapi apa yg cuba saya terangkan ialah tentang punca masalah sosial ini menular.
"Pergh mestilah puncanya mak bapak tak pandai jaga anak dan TUUUUTTT kita yg gagal TUUUUUT negara"
"Asal ada TUUUUUT"
Hmm...persoalan pertama itu memanglah benar kerana kita semua sudah mahir dengan isu ini (dalam karangan pun selalu tulis).
Persoalan kedua...heh..perkataan itu cukup sensetif dan saya takut kena tahan heh.
Namun saya tertarik dgn satu keratan akhbar di harian metro pagi td......seorang pengarah filem dengan angkuhnya mengatakan bahawa FILEM-FILEM arahannya bkn punca sebenar masalah sosial semakin menular.
Secara terus terang saya hendak ketawa terbahak-bahak sampai esok malam selepas terbaca kenyataan itu.
"Betullah apa abang tu cakap dia nak tunjukkan masalah anak muda kini supaya mereka tak ikut ke jalan itu"
Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan ayat tersebut kerana....baca ni betul-betul.....
"Untuk menyelesaikan MASALAH bukan dengan cara memaparkan MASALAH itu kepada umum"
Saya memberi satu analogi yang mudahlah tentang kenyataan pengarah tersebut tentang tujuan filemnya dihasilkan untuk menginsafkan anak muda.....ianya diibaratkan seperti>>>>
"Memberi tahu seorang pencuri bagaimana hendak mencuri supaya pencuri tersebut tidak mencuri"
atau erti kata lain kepada anak muda...
"Menunjukkan masalah sosial kepada remaja untuk mengelakkan remaja supaya tak terlibat dengan masalah sosial"
Secara jujurnya kalau saya menonton apa2 filem....saya akan berangan sebagai watak filem tersebut dan ingin melakukan aksi dalam filem tersebut dan saya yakin anak muda seperti saya juga begitu.
Oleh itu saya nasihatkan kepada pengarah yang bongkak dan sombong ini supaya menilai kembali apa yg telah dilakukan....
Saya mencadangkan agar pengarah ini membuat filem tentang peperangan dan menjadikan Malaysia salah sebuah negara yang terlibat dalam filem ini.....letakkan para prajurit terdiri daripada anak muda....tunjukkan betapa seksanya hidup dalam peperangan supaya mereka bersyukur mampu hidup senag lenang di negara ini ......saya jamin anak muda ini akan lebih bersemangat patriotik kepada negara dan takut untuk melakukan masalah sosial.
"Alah filem2 sejarah ni bukan ramai orang minat buat pening kepala je..."
Saya berpendapat cerita2 peperangan ini tidak semestinya cerita sejarah dan bercorak lama.....
Anda adalah seorang pengarah yang hebat...rekalah cerita fiksyen tentang cerita peperangan akan datang yg lengkap dgn senjata moden dan peralatan yg canggih.....saya pasti anak muda akan meminati cerita tersebut.
Akhir kata dari saya buatlah sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat kepada masyarakat bukan bermanfaat pada diri sendiri atau persatuan yang kita sertai.
Bagi mereka yg mempunyai fahaman agama mungkin menidakkan kenyataan saya tetapi saya ingin menjelaskan sesuatu....
Kita berhadapan dgn masyarakat yg tidak faham dengan apa itu islam yg sebenar dan masyarakat ini bukannya daripada kelompok kita.....oleh itu, sampaikanlah islam dengan cara berperingkat-peringkat kepada mereka bukan terus berceramah dan berkhutbah dgn mereka dan jgn cepat menghukum mereka..........dan lagi satu....jgn begitu extremis sehinggakan semua benda TAK BOLEH kerana ia akan menyebabkan orang lari dari kita.
Sekian......salam.
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan