"Aduih....mamat ni lagi....apasal dia ni selalu letak gambar binatang!!!"Saya sengaja meletakkan gambar binatang kerana kita perlu berlaku ihsan kepada binatang. Oleh itu saya kasihan dengan mereka dan meletakkan gambar mereka di blog saya.
"Apa binatang ni tgh buat haa???"
Anda mempunyai mata. Oleh itu anda tentu tahu apa yg sedang dibuat oleh binatang terssebut.
"Itu aku tahulah...binatang ni tengah main Xbox 360"
Tahniah anda memang bijak. Namun apa yg ingin saya ulaskan hari ini bukan mengenai keunikan binatang ini bermain permainan elektronik tetapi saya ingin mengulaskan tentang sesuatu yg melanda masyarakat muda kini dan saya tergolong dalam golongan itu.
"Laa ni mesti pasal game nih...hari tu filem pastu game....apa la mamat nih"
Itulah yg ingin saya sentuh. Mungkin sesetengah dari anda berfikir seperti dialog di atas. Saya akan jelaskan mengapa saya berbuat begitu.
"Cepatlah-cepatlah!!!! tak sabar nak tau nih"
Sabar...sblum saya terlupa sesiapa yg ada kerja rumah, atau kena tolong emak di dapur atau mak suruh pergi ke kedai saya minta anda selesaikan dulu. Cepat saya tunggu nih.....
"OK dah siap!"
Baiklah kita mula satu persatu.....saya berminat untuk mengulaskan tentang permainan komputer pada topik hari ini kerana saya sedar sesuatu yang tidak kena pada permainan komputer sekarang.
"Ahh ni mesti pasal keganasan, adegan seks dan perkara melampau dalam game2 sekarang kan?"
Secara keseluruhannya anda semua sudah tahu bukan!! Namun apa yg saya ingin sentuh di sini bukanlah menjurus kepada perkara berikut. Sedarkah anda permainan elektronik sekarang banyak menceritakan pada masa hadapan???
"Mamat ni tau cakap je...bkn dia tau pasal game ni semua"
Hmmm...bagi mereka yg mengenali saya, dialog di atas mungkin tidak akan wujud dlm benak fikiran mereka . Saya merupakan seorang Gamers tapi saya bukan Nerd. Saya suka bermain permainan komputer tetapi saya tidak begitu ekstrimis sehinggakan lupa akan dunia.
Saya juga mempunyai banyak pelantar2 permainan elektronik seperti...ps1,ps2,psp,Xbox 360 dan sudah pasti semua orang ada iaitu komputer.
"Pergh mamat ni nak menunjuklah tu...taulah dia ni ada semua"
Bukan menunjuk tapi sekadar memberi tahu. Ok kita sudah lari tajuk nih. Saya berminat untuk bercerita tentang beberapa permainan komputer kegemaran saya yang saya anggap seolah-olah menceritakan keadaan akan datang.
Antaranya:-

Gears Of Wars 2 yang boleh dimainkan pada Xbox 360 dan Pc
"ini bkn game terbaik thn 2006 ke?......"
Ya. game ini memenangi banyak aanugerah dan secara jujurnya saya juga berminat dgn game ini.
"Apa yg salahnya pasal game nih...aku main ok je?"
Tak ada yg salahnya....cuma latar belakang game ini seolah-olah menceritakan tentang Ya'juj dan Ma'juj (Gog and Magog). Game ini menceritakan suasana peperangan dgn tentera yg datang dari bawah tanah. Misi hero dalam game ini adalah untuk memusnahkan seluruh bangsa bawah tanah ini. Gambaran musuh yang diberikan adalah seperti raksasa yg mempunyai bentuk fizikal berkuku tajam dan sebagainya......dan ada satu adegan dalam game ini tasik menjadi kering disebabkan raksasa bawah tanah ini
"takkan itu aje game dia...sikitnya ????"
Sebenarnya ada banyak lagi games yg menceritakan tentang masa hadapan kalau saya senaraikan sampai bulan hadapan pun saya tak habis tulis. saya berikan sedikit lagi contoh, sebelum Amerika menyerang Iraq pada tahun 2001....sebulan sebelum kejadian tersebut beberapa siri games peperangan telah dikeluarkan dan yang peliknya game2 ini mengisahkan tentang bagaimana tentera amerika menyerang negara2 arab.
"Betul jugak kan...hmmmmm apa moral catatan ni agaknya?"
Sekejap saya fikir.....saya hanya bergurau je sebenarnya saya sudah fikir sehabis mungkin sebelum menulis catatan ini. Sebenarnya apa yg cuba saya sampaikan ialah kita dibenarkan untuk berhibur tapi janganlah sampai lupa dunia dan akhirat. Saya juga ingin mengingatkan kepada masyarakat khususnya yg beragama islam agar sentiasa berhati-hati.
"Laa...asal pulak ini kan game je bknnya real...dia ni duduk dalam dunia fantasi laa"
Ya...anda mungkin berkata begitu dan saya anggap sebelum kejadian sebelas september ramai juga yang berfikiran begitu. Hasilnya apa yg ada pada dunia sekarang. Dahulu media barat banyak mengeluarkan filem2 keganasan yg melibatkan bangunan meletup dan sebagainya dan kita hanya menontonnya sebagai salah satu hiburan....namun hiburan itu sendiri yang memakan diri kita. Barat sedaya upaya ingin menjadikan perkara ini bukan sesuatu yang pelik kepada kita.
Sebagai contoh orang yg sentiasa dipaparkan tentang bagaimana agamanya dihina dengan perkara2 yg dia sendiri suka seperti filem dan sebagainya, percayalah suatu hari nanti dia akan merasakan sesuatu yg normal sekiranya orang lain menghina agamanya sendiri
Oleh itu berhati-hatilah dengan dunia kini....salam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan