Jumaat, 18 September 2009

Aduh....Insafnya...

Salam....sedar tak sedar hari raya bakal menjelma dan kita bakal meninggalkan Ramadan. Secara jujurnya semua orang akan gembira dgn kedatangan Syawal dan tidak terlepas juga saya. Namun rasa insaf mula menular dalam diri saya pagi tadi lebih kurang pukul 3 pg td. Entah mengapa malam td saya agak sukar untuk melelapkan mata mungkin sudah terbiasa pada waktu ini bermain futsal dgn rakan2 di kolej sehingga pukul 4 pg.

Saya cuba juga untuk melelapkan mata....sambil2 itu saya membuka radio IKIM....ketika itu DJ sedang berinteraksi dgn pemanggil....tiba-tiba seorang pendengar membuat panggilan. Dia menyatakan kegembiraannya menyambut ramadan dan juga kesedihannya meninggalkan ramadan....tiba-tiba dia meminta lagu untuk dimainkan....

dan setelah dia meletakkan gagangan telefon....lagu mula dimainkan....saya mengamati lirik lagu tersebut....Ya Allah tiba2 saya rasa lagu tersebut seakan-akan memerli saya dan lantas rasa insaf dan bersalah mula menular dalam diri saya.......lirik lagu tersebut saya letakkan di bawah ini supaya anda dpt menghayatinya......

kalau anda nk dgr search je kat youtube...

Ramadan Dua Zaman
The Zikr

Ramadan
Satu nasib tak serupa
Peluangnya sama, natijah berbeza

Ramadhan mereka
Gemilang cemerlang, mukmin berjasa
Di awal zaman

Ramadhan kami, malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergiannmu

Malam mereka meriah disimbah Nur Al-Quran
Tapi malam kami pulang bertemu dangdut
Mereka berlumba mengejar ruang-ruang

Tapi kami, lesu diburu nafsu
Hati mereka,bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka, takbir kemenangan
hadiah mujahadah..sebulan Ramadan
Takbir kami, lesu tak bermaya
adakala lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Tiada ulasan: