Selasa, 15 September 2009

Kau Ni Sekolah Agama Ke?

Salam semua.....sebenarnya terdetik di hati ini untuk menulis coretan kisah hidup di sini....

tetapi kerap kali persoalan yang keluar dalam minda ini "kenapa aku bersekolah di sekolah agama??" mungkin ayat ini seakan-akan tidak bersyukur kerana Allah suudah memberikan kita hidayah tentang islam dan sebagainya...namun ada beberapa perkara yg agak mengecewakan sehinggakan saya kerap mempersoalkan begini dan begitu.....antaranya...

Kita agak kurang "soft skill" atau kemahiran bersosial.....entahlah apa masalahnya...rata-rata pelajar2 sek agama di sini agak pendiam dan tidak begitu menonjol......mereka hanya "power" ketika dalam surau sahaja....

Kita juga agak kurang kemahiran berkomunikasi dgn berlainan jantina.....hmmm pada awalnya saya juga mengalami perkara yg sama....mungkin kerana "ikhtilat" yang kita belajar dulu di sek. Namun kini dalam dunia realiti kita agak sukar utk buat begitu kerana nak tak nak kita perlu berurusan dgn mereka juga...kadangkala kita agak serius sehinggakan orng menyangka kita tgh marah....namun di dunia luar kita belajar cara berkomunikasi dgn baik utk menggambarkan kita ini orng yg mudah mesra (bkn jenis orng menghukum)

Kita juga agak kurang mesra dgn orng lain.....perihal ini mungkin disebabkan daripada hal yang pertama tadi.....atau kita terlalu selesa dgn kelompok kita sahaja

Entahlah apa sebabnya....kita hanya "power" dalam persatuan agama yg kita join tapi tidak "power" dalam kehidupan bermasyarakat...tidak bertegur sapa dan bergaul dgn masyarakat sekeliling....

Maaflah...dulu saya juga begitu....tapi apabila telah tercampak seorang diri di sini....saya dapat melihat siapa sebenarnya kita sekarang...dan....siapa sebenarnya kita dulu. Pernah juga dtg perasaan malu apabila orng bertanyakan "engkau sekolah mana dulu?".... Agak berat mulut juga ingin menyebutkan istilah nama sekolah itu...bkn menghina tapi terasa agak asing berbanding MRSM,SBPI,MCKK dan KYS. Apatah lagi sekiranya Lecturer sendiri yg bertanya di dalam kelas....

Memang benarlah Islam itu adalah sesuatu yg GANJIL pada akhir zaman ini......

Sekadar coretan hati sahaja untuk melepaskan apa yg terbuku di hati......bkn mahu mencari pasal tetapi untuk muhasabah diri sahaja.....sekian...Salam.


P/s: YAHOOOO! balik esok....ponteng kelas 2 hari...alasan tiket habis.....

Tiada ulasan: