Selasa, 23 Februari 2010

Aku dan dirinya..

Kata orang bijak pandai:

"Hari ini adalah lebih baik dari semalam"

Alhamdulillah saya ingin menuju ke arah itu walaupun tidak dapat tapi sekurang-kurangnya saya berusaha. Sebenarnya saya tidak mempunyai banyak idea untuk menulis. Harap maklumlah setelah sekian lama saya berada pada tahap emosi yang agak sukar dikawal (tidak perlu tahu mengapa).

Hari ini saya merasakan agak gembira kerana Allah telah memberikan saya peluang untuk bangkit semula setelah saya hampir-hampir tertidur lena. Maklumlah iman manusia itu boleh meningkat dan bertambah dalam sekelip mata.

Baru-baru ini pihak Hicom ASPER telah merancang satu program Maulidur Rasul. Mungkin perkara ini agak biasa bagi anda tetapi bagi saya tidak. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi dalam menjayakan program ini. Saya memohon kepada Allah agar segalanya dipermudahkan nanti.

Kita sering mengucapkan....

"Rasulullah itu idola aku...aku patut mencontohinya"


Namun adakah kita benar-benar mencintai dia?

Saya ambil satu contoh mudah. Sekiranya kita mencintai seseorang itu kita sanggup melakukan apa sahaja demi dia. Macam mana saya mengetahuinya? Saya juga pernah merasainya dan juga pernah kecewa dengannya. Kita cuba bandingkan konsep kecintaan kita kepada kekasih yang kita cintai dengan cinta kita kepada Rasulullah.
Adakah cukup sekadar melafazkan....

"Saya cinta awak....."

Sudah tentu tidak. Cinta yang sebenar memungkinkan kita tahu segala-galanya tentang si dia. Namun adakah kita tahu sebenar-benarnya tentang Rasulullah sebagaimana konsep cinta yang kita berikan kepada kekasih kita?

Sekiranya kekasih yang kita cintai menyuruh melakukan apa sahaja meskipun perkara yang disuruh itu dibenci Allah, adakah kita akan lakukan?

" Ish takkan aku nak buat begitu..."

Mungkin ini yang terlintas dalam fikiran anda tapi mengapa saban hari kes-kes membuang bayi semakin meningkat?

Adakah kita melakukan apa yang disuruh oleh Rasulullah dalam kehidupan seharian kita? malahan perkara yang disuruh ini 1000 kali ganda lebih baik dan disukai dari Allah daripada suruhan kekasih anda tadi.


Adakah itu cukup jelas membuktikan rasa cinta anda kepada Rasullullah dengan hanya mengucapkan "Rasulullah aku cinta padamu"...

Saya juga akui diri saya juga tidak sempurna kerana kita semua adalah manusia. Kadang-kala saya juga banyak berfikir, kita seringkali solat, dalam solat tersebut kita seringkali mengucapkan kalimah syahadah....

"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah
dan Muhammad itu pesuruh Allah"

Namu adakah kita benar-benar melakukan apa yang kita ucapkan ini? Siapakah yang kita bertuhankan? Komputer? Games? Novel? Kekasih? atau Allah yang Esa?

Maka fikir-fikirkanlah......

Tiada ulasan: