
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kepada saya,
"Mengapa anda begitu lembut?"
Maksud saya bukannya lembut 'begitu' tetapi apa yang saya maksudkan ialah lembut sifat, seolah-olah tidak pandai marah.
Apa sebabnya ya? bagi mereka yang telah lama berada di SMIH perkataan lembut itu mungkin jauh sekali dalam fikiran mereka terhadap saya. Harap maklumlah, siapa yang selalu menjerit ditengah-tengah keriuhan ketika perhimpunan sedang berlangsung, sudah tentu nya saya.
Namun kepada pelajar Asper sendiri, saya agak lembut sedikit, kerana apa? tidak perlu dipersoalkan. Mungkin saya ingin mencuba pendekatan baru dalam dunia kepimpinan. Sedangkan Rasulullah sendiri bersifat dengan sifat kelembutan jadi mengapa tidak saya?
"Nanti orang pijak kepala engkau baru kau tahu"
Hmm. Ya, mungkin orang akan pijak kepala saya, Namun jawapan saya mudah, saya serahkan segala-galanya kepada Allah.
"Kau mesti la buat sesuatu supaya mereka hormat kau, kena usaha dulu baru tawakal"
Nak buat apa ya? bukan kah hati dan perasaan manusia itu milik Allah. Hanya Allah yang mampu menolak balikkan hati manusia? Jadi apa kuasa kita. Kita tidak boleh memaksa orang agar suka kepada kita. Jadi, pohon sahajalah pada maha pencipta.
"Jadi kau nak duduk diam sahajalah?"
Duduk diam tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Namun mendiamakan diri mungkin akan menyelesaikan masalah. Bagi saya cara yang terbaik adalah dengan buat baik balik kepada mereka. Meskipun kejahatan yang di beri...
"Eh kau jangan baik sangat, tunjukkan lah kelelakian kau"
Lelaki yang paling sempurana di alam ini tidak lain dan tidak bukan hannyalah Rasulallah. Kita lihat bagaimana sifat dan peribadinya. Saya teringat ketika mana baginda di Thaif, baginda dilontar dengan batu sehinggakan ada riwayat mengatakan bahawa darah bertakung pada sepatu baginda.
Apa yang Rasulullah buat? Ya, hanya bersabar. Mengapa ya? Kalau nak di ikutkan Malaikat Jibril sudah bersedia hendak menghempap manusia-manusia yang ada di situ dengan gunung. Namun kenapa baginda tetap bersabar? Jawapannya mudah kerana mereka tidak bersalah.
" Apa kau cakap ni?"
Ya mereka tidak bersalah. Mengapa? kerana mereka jahil. Saya berminat untuk bermain dengan satu analogi, adakah boleh dikatakan pandai sekiranya kita memarahi bayi yang baru sebulan lahir kerana tidak dapat makan dengan tangannya sendiri? mengapa ya? Sudah tentu kerana mereka jahil dan tidak tahu untuk makan sendiri....dan begitu juga mereka yang berda di Thaif. Cuba kita lihat selepas pembukaan kota Makkah, ramai para ilmuan dan ulama' yang mahir dalam bidang agama wujud dari Thaif sendiri. Kenapa ya? Senang, kerana mereka sudah faham.
"Jadi apa yang perlu kitaorang buat"
Mudah, terlalu mudah. Caranya, berbuat baiklah kepada mereka sambil bersabar. Itu sahaja. Mudah kan? Seseorang yang selalu berbuat jahat kepada kita dan kita balas dengan kebaikan sudah tentu akan timbul konflik dalam jiwa si pembuat jahat ini. Kesannya, perasaan untuk berbuat baik juga akan timbul kepada si penjahat tadi. Sekiranya tidak, ganjaran pahal sudah menunggu kita.
Akhir kata, belajarlah untuk melihat sesorang itu tanpa sebarang persepsi buruk kerana saya teringat kata-kata hikmah ini;
"seandainya anda ingin orang lain berbuat baik dengan anda....
maka buatlah baik dengan orang lain dahulu....."
Sekiranya kerja anda hanya memfitnah dan mencerca orang lain, percayalah suatu hari nanti anda juga akan di layan sebegitu rupa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan