
"Argh....aku tension dan stress ni...dah lah kene study pastu kene buat assignment lagi..haish.."
Mungkin kata-kata ini seringkali terkeluar dari mulut anda dan tidak dinafikan juga pada mulut saya. Ya, saya juga begitu kerana apa? kerana kita adalah manusia. Sesiapa yang rapat dengan saya akan tahu saya juga seringkali stress dan seringkali mengeluh tentang bebanan yang terpaksa saya hadapi ini.
Saya teringat satu sms yang dihantar oleh kawan sebilik saya yang berbunyi...
"Jika kamu seringkali mengeluh maka semak lah iman mu kerana itu tanda kamu tidak bersyukur"
"Apa tak bersyukur??"
Apabila saya mendapat sms ini terasa bagai saya ini adalah hamba yang tidak kenal erti syukur.
Saya beri satu analogi mudah. Sekiranya seseorang memberi kita hadiah, apa yang patut kita buat?
"Apa la kau ni...mestilah kita berterima kasih"
Ya, saya tahu itu. Namun adakah cukup dengan hanya berterima kasih sahaja? Mesti kita akan rasa terhutang budi dan ingin mengembalikan budinya kembali.
"Ya tak ya jugak eh...tapi apa kaitan dengan stress study"
Betul juga ya, apa kaitan bersyukur dengan stress?
Hmm....pada awalnya saya juga tidak faham tetapi setelah sekian lama berfikir saya menemui jawapannnya. Saya menganggap kaitan antara stress study dengan bersyukur ialah dengan cara kita melihat apa itu stress study?
Cuba kita lihat tekanan untuk belajar itu sebagai satu nikmat dari Allah. Bukan ke mudah?
"Apa kau cakap ni?....stress study tu nikmat?"
Ya, stress study itu nikmat, mungkin kita perlu berfikir begini, Allah telah mengurniakan nikmat kepadaa kita sebab kita mampu lagi masuk ke universiti dan masih mampu berfikir serta masih lagi mampu belajar.
"Hah?"
Hmm...bagaimana ya untuk menyampaikannya dengan lebih mudah. Mungkin begini, apabila kita merasa tekanan kerana belajar, itu tandanya kita masih lagi mampu untuk belajar, kita masih mampu berfikir, kita masih ada duit untuk belajar....bukankah semua itu nikmat?
Jadi sekiranya kita berfikiran seperti itu kita akan sentiasa tenang dengannya...kita tak akan rasa belajar ini satu bebanan.
"Eleh kau ni macam bagus je.....blah la nak tunjuk baik konon...aku tau la ko ni orang macam mana"
Ya, saya akui nya. Sehingga kini saya belum lagi mencapai ketahap itu. Namun saya cuba sedaya upaya untuk mencapainya...
Saya teringat satu pepatah....entah saya lupa pepatah ini berasal dari mana...mungkin dari arab...
"Jika seseorang itu menyampaikan sesuatu yang baik...
janganlah kamu memandang siapa dia, tapi pandanglah ilmu dia..."
Ilmu yang baik itu boleh datang daripada sesiapa sahaja tak kira siapa orangnya sama ada jahat atau baik... Oleh itu hormatilah walaupun siapapun guru yang mengajar anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan