Situasi satu:
Seorang Doktor merawat 3 orang pesakitnya iaitu si A,B dan C
Doktor ni sangat hebat dan Si A,B dan C sgt percaya yg Doktor ni boleh sembuhkan penyakit kronik mereka.
Setelah doktor memeriksa penyakit mereka
Beliau memberikan beberapa diskripsi tentang cara merawat penyakit pesakit2 tersebut
Si A, B dan C diberikan nota yang menyuruh mereka untuk baca nota tersebut, fahamkan betul2 maksudnya dan telan 3 biji Panadol.
Mereka pun balik ke rumah...
Si A:
Beliau membuka nota tersebut dan hanya membacanya tanpa memahaminya langsung sambil berharap penyakitnya akan sembuh.
Si B :
Beliau membuka nota tersebut dan lantas embacanya...kemudian beliau rebus nota tersebut dan minum air rebusan tersebut...sambil mengharap penyakitnya akan sembuh.
Si C :
Beliau membuka kertas tersebut dan membaca dan memahaminya...tapi tidak mengambil langsung Panadol yg diarahkan...sambil mengharap penyakitnya akan sembuh
Situasi 2
Realiti masyarakat kita tentang Al-quran....sila kaitkan dgn situasi di atas..
Situasi A :
Ramai yg membaca tanpa memahami maksud Al-quran dan mengharap akan peroleh hikmah darinya..
Situasi B :
Ramai yang hanya membaca Yassin pada malam Jumaat dan berebut-rebut nak minum air Yassin tu...
Situasi C:
Ramai yang baca dan faham apa itu isi-isi Al-quran...tapi x nak ambil nasihat yg terdapat dalamnya..
P/S:
- Apabila dosa distilahkan sbg 'Open Minded' dan orng yg menentangnya dianggap kolot
- Apabila manusia berbuat dosa= tahniah anda telah menjadi diri sendiri
Apabila manusia berbuat baik= itu semua hipokrit.
-My new tumblr account....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan