Sabtu, 2 Julai 2011

Lalat...

 
Credits to Baim

Terdapat suatu kisah pada zaman dahulu kala tentang dua orang pengembara. Kedua-duanya sangat taat dan patuh kepada suruhan Allah. Suatu hari mereka sampai di sebuah daerah. Penduduk di situ
tidak mempercayai langsung tentang wujudnya Allah. Mereka menyembah berhala dan dewa nenek moyang mereka.

Adat kepercayaan penduduk di situ ialah sesiapa sahaja yang sampai atau masuk ke dalam daerah ini, perlu mempersembahkan korban kepada berhala dan dewa mereka. Sesiapa yang enggan, mereka tidak akan dibenarkan keluar dan akan dibunuh.

Pengembara yang pertama tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi korban selain daripada kepada Allah. Hal ini kerana beliau tidak mahu mensyirikkan Allah. Lalu dia dibunuh kerana mempertahankan Akidahnya

Pengembara yang kedua berasa terlalu takut. Dia tidak tahu apa yg perlu di korbankan untuk berhala dan dewa mereka. Tiba-tiba seekor lalat hinggap di tubuhnya. Lantas dia menangkap lalat tersebut dan dipersembahkan kepada berhala dan dewa mereka.

Pegembara tadi pun dibebaskan lantaran kepatuhannya kepada arahan penduduk daerah tersebut. Dia mula melangkah keluar dari daerah tersbut dengan hati yang gembira. Baru sahaja beberapa langkah dibuka, seekor ular telah mematuk kakinya. Akibat dari peristiwa itu, dia mati kerana bisa dari Ular itu.

Kesimpulannya, anda sendiri yang tentukan......bagaimana mereka mati dan agaknya ke mana mereka akan pergi selepas itu?

P/S
- Cerita ni dipetik daripada buku "Ketika Cinta Berbuah Syurga" karangan Habiburrahman El Shirazy
- Blog Wajah Baru sbb Olay Whitening Perfect tertumpah atas laptop..
- No Offense

6 ulasan:

senorita. berkata...

cantik belog sebab ade bokehh hehe dah mcam tumblr dah haa :)

Ayam Percik berkata...

Wah3...ada orng Kedah komen...bangga2..haha

senorita. berkata...

hahaha.mane ko tawu aku orang kedah ni aku orang perak la haha ;D

~PENCHENTA~ berkata...

Wahh. Belog baruu! Tak sangka Olay tu berkesann. Haha. Boleh lah belii. :P

Satu je benda aku kurang suka. Comment form kauu ni. Buat pop-up comment boleh? Keh3. *Banyak betul permintaan*

Ayam Percik berkata...

OK...sdg diusahakan....

~PENCHENTA~ berkata...

Ni baru macho! :)