Sabtu, 9 Julai 2011

Hipopotemus.

(Amaran...post ini akan menyebabkan anda terbakar mcm sate Haji Samuri...kalau nak bace gak..pi ambik wudu' dulu....hanya sekadar luahan hati.x de kene mengena dgn mak Bedah atau Wak Kahar kat simpang tiga sana..peace be upon you)

Usah bercakap tentang malu seandainya pakaianmu seketat sarung nangka dan bagai beg plastik sampah yang penuh dgn sampah


Usah bercakap tentang kesatuan sekiranya kamu sendiri seringkali menghina kawan-kawan kamu yang lain sekiranya ada yang tak puas hati


Usah berbicara tentag bangsa sekiranya kamu selalu tak datang kelas dan biasanya kelas penuh dgn rakan-rakan yang bukan drpda bangsa kamu dan kamu seringkali mendapat bawah daripada 3.00 (patutnya ini yg perlu kita rasa malu)


Usah bercakap tentang memelihara agama seandainya masjid dan surau jarang didekati apatah lagi istilah Subuh hanya didengari bile time exam dan bile ada masalah je...


Manusia...berubahlah dari hiprokrisi...janganlah apa yg kamu tulis itu seolah-olah meludah ke langit dan terkena muka  mu sendiri....tahu pun malu,segan,rasa agama dalam bahaya tapi realitinya....kamu sendiri yang merosakkannya....

Tujuan hidup mereka memang untuk bersuka ria dan bila kepentingan dicarik, mula rasa gusar..



P/S

-Sekadar luahan hati...jangan share ye..huk3..takot kene tgkp 
 No Offense

3 ulasan:

~PENCHENTA~ berkata...

sharp! :)

TQ

Ayam Percik berkata...

Kadang-kadang paku perlu diketuk untuk memastikan ia dapat membina binaan dengan kukuh...Peace!!

Ayam Percik berkata...

Oh lupa....teguran ini untuk kita bersama...di harap jgn ada yg kecil hati..x ada niat nak menjatuhkan mana2 pihak...(ni semua gara2 FB nih)