Isnin, 11 Julai 2011

Surut.

(Amaran, post ini tiada kaitan dgn ilmu geografi, ilmu falak, atau ilmu astronomi. Hanya perkkataan yg diguakan untuk menyesuaikan dgn keadaan alam...haa! lagi satu...entri kali ni akan jadi agak panjang sikit ye..kalau malas nak baca....pergi tengok gambar je..atau main chess kat laptop anda je)

                                                    Black Ops dah lama tak main...

Hmm...nampaknya suasana semakin surut ye...entri2 yg penuh semangat dah bertukar arah....Status2 FB dah kembali kepada yg asal. Status2 seperti:


           "Saya comel tak...auwww..benciyew "(mmng dieja begini)
           "Hari ni aq pergi Maulana...lps tu duduk kat tandas 2 jam lamenyew"
           "Jangalah komen kat profie pic saya yang cute-miut ni..hihi"
           "Saya x sabar nak kawen dgn awak...pastu dpt 7 org anak...hihi" 

Sudah kembali...

Seriously!!!!...(bukan rekaan).....

(lap peluh)
(tarik nafas)
(sambung tulis)
....
........
............
Are you serious?!


Ok2...mungkin saya menambah sahaja part2 status tuh.....tapi apa yg cuba saya highlight kan di sini..kemana perginya semangat itu?... 

Sedang blog berjalan-jalan (Blog walking) saya terbaca suatu Tazkirah tentang semangat pemuda ni.
Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna juga ada menulis dalam risalah yang bertajuk "Wahai Pemuda"
antara Key point yg best yang di highlight kan ialah:

“…angkatan pemuda, sejak dahulu hinggalah sekarang tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat” 


 Hmm...tak hairanlah ada kata-kata hikmah dahulu kala menyatakan sekiranya kamu ingin melihat jatuh bangunnya sesebuah negara itu...lihatlah kepada pemuda nya.

Apa yang sedihnya...apa sudah jadi kepada anak2 muda kita masakini...mungkin tak payah untuk melihat jauh2...hanya perlu melihat diri sendiri...(mungkin boleh minta bantuan cermin atau apa2 alat yang boleh memantulkan cahaya kecuali bulan)

Bagaimanakah diri kita?
-Adakah kita pemuda yang di maksudkan dengan harapan bangsa itu?
-Adakah kita pemuda yang boleh menjadi pasak2 dalam menentukan jatuh bangun sesebuah negara itu?


Atau kita hanya pemuda yang jadi seperti air, menghakis pasak2 bumi dan meruntuhkan gunung2 tinggi?


Wargh!!!...kene batang hidung sendiri....


P/S:
- Semangat yg terlalu semangat kadag2 boleh memakan diri
- Akur dgn kesilapan, ubah dan maju ke hadapan
 - Biarlah langkahmu kecil kerana langkah yang kecil adalah permulaan kepada perubahan yag besar...
-No offense

1 ulasan:

zubayrafiq berkata...

Best2. Tp tak panjang pun entri nyeww :D