Credits Google Images
“If you keep projecting your past onto your future, you will be living the same day over and over.”
Lupakan kisah silam
dan teruskanlah kehidupan
Cubalah memaafkan dan terus maju kehadapan
Setiap insan pasti melakukan kesilapan.
Tidak kurang juga empunya diri
Namun apa yang membezakan
bagaiamana ia dilupakan
dan dijadikan sebagai pedoman
Setiap insan melakukan kesilapan
Namun jangalah ini menjadi alasan
Untuk terus melakukan kesalahan
Hadamkanlah setiap kritikan
dan jadikan ia sebagai jalan
Jalan menuju kejayaan
Kadagkala semangat itu luntur
Namun bukankah kamu punyai teman?
Teman yang mampu menyatakan kebenaran?
Bukan hanya memuji dan mengampu
Kerana Teman seperti itu adalah palsu
Yang akan membiarkan dirimu terus lesu
Hidup cuma sekali
Jaganlah ia dicemari
degan perkara-perkara yag mengaburi
matlamat sebenar yang ingin dikecapi
Kadang kala mungkin dirimu lemah
lemah untuk mengharungi duniawi
maka dimanakah tauhid mu kepada Ilahi?
Kamu seringkali gusar kehilangan teman
Lantaran matlamatmu tentang kehidupan
Namun adakah ia berbaloi?
Untuk mengharungi hidup yang sementara ini?
Apakah apabila kamu mati
Mereka ini akan membantu kamu menghadap ilahi?
Maka binalah persahabatan yang diredhai
bukan hanya untuk kepentingan diri
Sahabat
Aku mungkin tidak sempurna
Namun aku tetap cuba mengubahnya
sekiranya nukilan ini mengguris hati mu
apakan daya
kerana aku juga manusia biasa
seringkali melakukan kesilapan
apatah lagi dalam menyusun kata-kata
salah dan silap
maaf ku pinta
seandainya tinta ini
mengundang derita
Karya:Ayam Percik
P/S:
-No Offense
2 ulasan:
nice post amar.
=)
A. Samad Amar. Bhuhuhu.
Catat Ulasan