Derap
langkah meninggalkan kawasan keramaian manusia. Waktu masih awal, ini masa
terbaik untuk aku bertemu si Dia sang penciptaku. Aku membuka pintu kereta.
Anak kunci kereta ku pulas. Deruman enjin jelas kedengaran. Aku meneruskan
perjalanan menuju rumah sang pencipta. Aku meninggalkan tempat keramaian itu
dengan hati yang berbelah bagi. Perasaan cinta manusia, menjadi terkenal dan tidak
ikhlas mula bercampur baur.
Perjalanan ku tetap diteruskan. Tiba-tiba terlintas dalam benak fikiran ku.
Aku sentiasa datang ke sini. Setiap kali waktu Dhuha muncul, pasti aku akan ada
di sini. Namun, perasaan aku kian lama kian resah. Aku melakukan semua ini tapi….tapi
mengapa aku tidak dapat merasa Allah hadir bersamaku.
Aku
seringkali memenuhi mutabaah amalku…malah berusaha untuk memperkuat dan
mempertingkatkan ia dari masa ke semasa. Namun, aku rasakan ianya hanya menambahkan
resahku.
Langkah
longlai ku teruskan. Setapak demi setapak kaki ku tuju ke ruma Allah yang
tersergam indah. Ku tuju saff yang
paling hujung. Angin sepoi-sepoi mula menyengat di tubuhku. Aku mula berdiri
kaku. Kedua-dua tanganku angkat keparas telinga. Solat Dhuha ku lakukan dengan
hati yang duka. Di dalam solatku aku tidak khusyu’. Seringkali terbayang,
Adakah Allah menerima ibadahku? Mengapa aku tidak merasa kehadirannya. Aku
tersedar dari lamunan. Tanpa disedari aku sudah pun ber”tahyat akhir”.
Masyallah! Mengapa begini sekali.
Aku menarik
nafas dalam-dalam memohon agar dibuka kan hati ku. Aku mula duduk termenung.
Mungkin apakah silapku? Apakah dosaku sehingga aku jadi begini. Perlahan-lahan
aku membuka Al-quran daripada beg galasku. Aku masih ingat lagi kali terakhir
aku membacanya pagi tadi, ayat 177 Surah Al-Baqarah. Aku menyambung bacaan.
Aku
memulakan bacaan. Ayat demi ayat ku baca dengan penuh rasa resah dan kecewa.
Sekejap-sekejap, aku melihat maksud setiap ayat tersebut. Ternyata, apa yang
aku inginkan tidak kutemui. Ketika itu aku berhenti pada ayat 185, Surah
Al-Baqarah. Ku teliti maksudnya dengan penuh khusyu’.
Benak hati
aku terdapat sedikit rasa kecewa. Kebanyakan ayat yang ku baca maksudnya
berkaitan dengan hukum-hukum wasiat dan masalah fiqh yang lain. Aku menarik
nafas seketika. Dengan nada merendah diri dan hati yang kecewa aku berdoa
“Ya Allah,
sungguh aku hamba yang lemah dan hina. Aku tidak sanggup jadi begini Ya Allah.
Sampai bila aku terus ada dalam kesunyian ini. Aku ingin bersama Mu ya Allah. Mungkin
kerana dosaku pada masa yang lalu menjadi penghalang antara aku dan diri Mu.
Aku tahu Ya Allah, mungkin dosa-dosaku yang membuatkan Kau benci padaku.
Sungguh aku redha sekiranya kau membenci
aku….Sungguh aku hamba yang hina dan engkau tuhan yang maha mulia…”
Aku
melafazkan kata-kata ini dengan hati yang kecewa dan berduka. Sungguh perit
jika tidak mendapat kasih saying Allah. Sangat-sangat pedih!
Aku membuka
semula Al-quran. Aku menyambung ayat seterusnya. Aku masih ingat lagi ayat 186
,Surah Al-Baqarah. Entah mengapa hati aku rasa agak bergetar ketika membaca
ayat itu. Aku berhenti seketika. Aku cuba meneliti makna ayat tersebut….aku
membaca dengan perlahan-lahan.
Sungguh,
setitis demi setitis air mata mengalir di pipi. Aku bagaikan terkelu bila
membaca ayat tersebut.
“Dan
apabila hamba-hamba ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka
sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia
berdoa kepada Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintahKu) dan beriman kepada
Ku, agar mereka memperolehi kemenangan” Al-Baqarah-186
Bagaikan
halilintar yang menyambar. Aku menangis kegembiraan. Sungguh, sayu hati ini
bila mendapat jawapan sedemikian rupa. Aku tersenyum gembira. Lantas aku
bersujud tanda bersyukur pada Mu Ya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan